Saturday, October 14, 2017

Jamuan Akhir Tahun 2017

Tarikh   : 07 September 2017 (Sabtu)
Masa    : 10.00am - 1.00 pm
Tempat : Laman Koperasi, SMK Kompleks KLIA

AJKT 2018
Alumni SPM 2016 


Guru-guru PSS, GPK kurikulum dan NYDP PIBG




Saturday, September 23, 2017

Perjumpaan

Mesyuarat Bulanan


Sesi Pagi Jumaat
2.30 - 5.00 pm





Sesi Petang Khamis
10.20-12.20 pm






















































PENANDA ARAS SMK Presint 9(2), Putrajaya

Tempat : PSS Az-Zarnuji SMK Presint 9(2), Putrajaya
Tarikh  : 5 Julai 2017 Rabu
Masa   : 12.00 - 5.30 pm

seramai 44 orang peserta termasuk guru menaiki bas jabatan
Menandatangani MOU PSS Baitul Hikmah dgn PSS Az-Zarnuji
Sesi bergambar dalam PSS Az-Zanurji Terbaikla.. 

Jumpa lagi. Terima kasih kepada Cikgu Norafidah GPM, pentadbir SMK Presint 9(2) dan warga pss Az-Zarnuji mengalukan kedatangan kami dan menjadi rakan PSS Baitul Hikmah.

kami memerlukan banyak tunjuk ajar supaya PSS Baitul Hikmah boleh berjaya seperti PSS Az-Zarnuji pada masa akan datang. In Sha Allah. Amiin












watikah PSS


Majlis Watikah PSS
26/5/2017 Jumaat

Sesi Pagi


sesi bergambar dengan barisan pentadbir

Sesi Petang

Tahniah... semoga anda dapat memastikan PSS Baitul Hikmah sentiasa cemerlang 

Monday, September 18, 2017

khidmat bantu

Perkongsian ilmu (kad pss)

Tarikh     : 13 September 2017
Tetamu   : SMK Bandar Enstek
Anggota : 2 guru 2 pustakawan
Tempat   : PSS Baitul Hikmah SMK Kompleks KLIA
Masa      : 3.00 pm - 5.00 pm
Penerangan oleh cg Azudin

Cheese :)
Amboi tekunnya belajar



Semoga berjumpa lagi
 Semoga ilmu yang sedikit ini dapat memberi manfaat, amiin.

Sunday, September 10, 2017

Mesyuarat AJKT 2017/2018

Tarikh: 7 September 2017
Masa : 2.30 - 4.30
Tempat: Bilik Redspot

Sesi briefing tugas-tugas setiap AJK dan Pembahagian tugas untuk mengendalikan program hujung tahun:
1. Senarai nama Pustakawan - senarai pendek pustakawan tidak aktif (Adriana dan Amin Asyraf)
2. Kotak Nilam (Kris Irfan)
3. Jamuan Akhir Tahun (Afiqah Liyana)
4. Proses Teknik Buku (Fazila dan Hafizuddin)
5. Carta Organisasi (Ammar dan Nurin)
 




Majlis lantikan AJKT 2018

Tarikh : 25 Ogos 2017 (Jumaat)
Masa : 3.00 - 4..30 pm
Tempat : Bilik Media

Amanat daripada AJKT 2016/2017
 sesi taklimat daripada GPM
 pemilihan AJKT 2017/2018 bermula

rumusan pemilihan 2017/2018
Semoga pemilihan baru ini dapat meningkatkan mutu dan menaikkan lagi nama PSS Baitul Hikmah pada masa akan datang... Amiiin 

panduan pengguna : eMasuk

Panduan penggunaan eMasuk
Pusat Sumber Baitul Hikmah SMK Kompleks KLIA.

Setiap Pelawat, Guru, Pustakawan dan Pelajar wajib untuk mengisi log masuk pusat sumber.

p/s: sila patuhi peraturan PSS Baitul Hikmah dan menjaga kebersihan PSS kita

Thursday, August 17, 2017

Aduan kehilangan kad PSS secara online

GPM dan unit ICT telah melancarkan laman web untuk melaporkan kehilangan kad pss secara online melalui blogspot pss.
1. layari blogspot pss pada url : http://psssmkkklia.blogspot.my/

2. paparan muka depan blogspot pss: (klik pada laporan hilang kad pss)
3. laman akan pergi ke borang online: (Isikan maklumat dengan lengkap (*) perlu diisikan)
4. setelah lengkap klik pada butang submit
5. laporan anda telah direkodkan: tamat:)



Sunday, June 18, 2017

kad Pustakawan, Pelajar dan guru & Staff

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

kami di PSSBH telah menggunakan sistem sirkulasi atas talian (pss.tarantula.my) untuk memproses buku. Sistem tersebut juga menyediakan fungsi untuk mmbuat kad keahlian PSS. Kami telah menghasilkan 3 jenis kad iaitu kad pustakawan, kad pelajar dan kad guru & staff.

       Dimana kad tersebut dijadikan kad identiti SMKKKLIA dengan ciri imbas barkod. barkod adalah ic pelajar dibahagian depan kad serta gambar untuk kad guru, staf dan juga pustakawan. Pada bahagian belakang kad tersebut juga terdapat id frog vle serta katalaluan masing-masing.

contoh kad:
bahagian depan kad PSSBH

bahagian belakang kad PSSBH

  

Pelan PSS Baitul Hikmah

Pss  Smk Kompleks KLIA telah 16 tahun beroperasi yang dikendalikan oleh Pn Mas Ayu. Pada tahun 2016 En. Azudin telah diamanahkan untuk mentadbir pusat sumber sebagai GPM. Usaha Pn Mas Ayu dan AJK PSS pada 2015 telah berjaya mengadakan program Bacathon dimana untuk mengumpulkan dana bagi menaik taraf pusat sumber. Alhamdulillah dengan berkat usaha dan sokongan seluruh warga SMK Kompleks KLIA. PSS telah berjaya mengutip dana sebanyak rm55k. Dengan jumlah tersebut pusat sumber ditukar wajah sepenuhnya dengan perabot dan suasana baru.

Program Bacathon : dana mentransformasikan PSS 

PSS mendapat nama Baitul Hikmah hasil dari pertandingan menamakan pss SMKKKLIA. PSS Baitul Hikmah bertempat ditingkat 2. Sebelum ini jumlah pengunjung pss sangat mendukacitakan dan ada cadangan untuk mengubah tempat PPSBH ke aras bawah tetapi tiada tmpat baru yang boleh dijadikan bilik pusat sumber. Faktor lain adalah disebabkan rekabentuk PSSBH yang unik dengan keadaan yang melengkung. Keadaan ini menyebabkan agak sukar untuk menempatkan perabut, susunan rak buku, bilik akses dan unit-unit lain dalam pss.
Pelan lantai PSS Baitul Hikmah

Friday, June 9, 2017

Panduan Tempah Bilik-Bilik Khas


Disini disediakan panduan tempahan eBilik dalam bentuk video ringkas supaya memudahkan urusan penempahan dan rujukan bersama.
video

Pamplete PSS Baitul Hikmah



eBIlik inovasi tempahan bilik-bilik khas

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
PSS Baitul Hikmah akan memperkenalkan sistem tempahan bilik-bilik khas (eBilik). Sistem ini dibangunkan oleh En. Azudin untuk menguruskan tempahan bilik secara berpusat dan boleh dikendalikan secara atas talian.
Rajah menunjukkan antara muka utama eBilik

Nama guru-guru telah disimpan dalam pangkalan data dan para guru hanya perlu aktifkan untuk membuat log ID dan katalaluan. 
Rajah menunjukkan 5 modul dalam eBilik

sistem ini masih lagi dalam mode penambahbaikan dan sentiasa ditambahbaik dari semasa ke semasa. Menurut Azudin(2016) dari kajian pembinaan sistem tempahan bilik-bilik khas (eBilik) dalam PdP terhadap kepuasan pengguna mendapati bahawa dari segi aspek reka bentuk, aspek teknikal, aspek mesra pengguna dan aspek kepuasan pengguna adalah pada nilai min purata yang tinggi dimana sistem  ini memberi impak positif kepada guru-guru SMK Kompleks KLIA.