Thursday, July 28, 2016

PSS ORIENTASI TINGKATAN 1 2016

TEMPAT: DEWAN SMK KOMPLEKS KLIA 
TARIKH: 5 JANUARI 2016

      Pada hari ini telah diadakan suatu perjumpaan bersama dengan pelajar tingkatan 1sempena minggu orientasi sekolah. Pusat sumber telah diwakili oleh Pn. Badariah bt Azizan GPM (Guru Perpustakaan dan Media) untuk memberikan taklimat berkaitan pusat sumber sekolah.

      Antara aspek yang ditekankan ialah berkaitan perpustakaan dan program nilam. Selain itu, pelajar juga didedahkan berkaitan dengan organisasi pusat sumber sekolah, cara peminjaman dan pemulangan buku, bahan-bahan yang terdapat dalam pusat sumber serta program galakan membaca yang amat sinonim dengan nilam. GPM telah menerangkan tentang aspek nilam amat diberikan perhatian pada tahun ini. Sehubungan itu, semua pelajar diminta untuk mencapat sasaran nilam sekurang-kurangnya dua puluh buah buku bacaan setahun. Pelajar juga telah didedahkan dengan anugerah nilam serta Rakan Pembaca supaya pelajar lebih terdorong untuk memilikinya.

      Pada akhir slot, beberapa aktiviti kuiz telah dijalankan. Sebanyak 10 soalan berkaitan perpustakaan dan nilam telah ditanya kepada pelajar. Respon amat menggalakkan serta pelajar juga memberikan kerjasama ketika berlangsungnya taklimat ini

 Rajah 1: Pn. Badariah sedang memberikan taklimat berkaitan Program Nilam

Rajah 2: Orientasi pelajar tingkatan 1 di dewan

1 comments: