Bulan PSS Berkolaborasi dengan Bulan Bahasa 2016
TEMPAT: SMK KOMPLEKS KLIA
TARIKH: 23 MAC 2016 - 20 APRIL 2016
Pusat Sumber Sekolah SMK Kompleks KLIA sentiasa menggalakkan dan mempromosikan aktiviti membaca, kemahiran maklumat, kemahiran belajar, kemahiran berfikir secra kreatif dan kritis dan kemahiran teknolgi maklumat serta mengembangkan kemahiran pembelajaran kendiri dalam kalangan pelajar sekolah. Di samping itu, PSS juga berperanan mempertingkatkan taraf pengajaran dan pembelajaran serta pencapaian akademik sekolah. Stersunya bagi menyemarak dan memupuk tabiat membaca secara berterusan dan membolehkan pelajar menjadikan membaca sebagai satu gaya hidup, PSS juga menggalakkan tabiat membaca dan belajar sendiri dalam kalangan pelajar. Sehubungan itu, PSS SMK Kompleks KLIA meneruskan Program Bulan PSS pada tahun ini kerana keberkesannya selaras dengan Falsafah Pendidkan Kebangsaan.
OBJEKTIF
- Menarik perhatian pelajar SMKKKLIA untuk memanfaatkan kemudahan dan perkhidmatan PSS.
- Memberi peluang kepada pelajar menonjolkan bakat dan kemahiran mereka dengan menyertai pertandingan yang diadakan sepanjang program.
- Melahirkan pelajar yang berbudaya ilmu dan minat membaca.
- Meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran dengan penggunaan bahan bantu mengajar yang sedia ada.
- Menjelaskan kepada warga sekolah kepentingan menghargai buku.
- Menanamkan semangat kerjasama dan tanggungjawab ke atas diri guru-guru dan pelajar.
Aktivi Sempena Bulan PSS dan Bulan Bahasa:
- Majlis Pelancaran Kem 1 Malaysia peringkat sekolah
- Pertandingan membina Laman Frog VLE(pelajar)
- Promosi buku
- Peraduan teka silangkata/Crossword Puzzle
- Bijak Bahasa/Permainan Bahasa
- Pertandingan Berbalas Pantun
- Pertandingan Sahibba
- Bookworm
Kem Membaca 1 Malaysia 2016
TEMPAT: DEWAN SMK KOMPLEKS KLIA
TARIKH: 4-6 APRIL 2016
Kem Membaca 1 Malaysia (KM1M) 2016 merupaka salah satu program Kementerian Pendidikan Malaysia di bawah Program Gerakan Tabiat Membaca bertujuan membina tabuat membaca dalam kalangan murid sekolah dan pembelajaran sepanjang hayat. KM1M telah dimulakan kali pertama pada 2009 sehingga kini. Semua sekolah diarahkan untuk mengambil bahagian dalam melaksanakan program ini. KM1M Tahun 2016 akan dilaksanakna bermula dari 4 hingga 6 April 2016
Gambar semasa KM1M
Rajah 1 : masa berjalan Rajah 2 : guru turut serta Rajah 3 : Pembacan di dewan
selama 2016 saat membaca dan juga bilik darjah